Dalil-dalil Maulid Nabi SAW

Oleh MOHD AMIR MD AZMI

1)Al-Quran

1. Al-A'raf ayat 157 bermaksud:

"Maka orang-orang yang beriman dengannya, memuliakannya dan menolongnya serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (al-Quran), mereka itulah orang yang berjaya."

Merayakan maulid Nabi termasuk dalam rangka memuliakan Rasulullah SAW dan biberikan pahala oleh Allah. Begitu juga menyambut hari kebesaran lain.

2.Al-Haj ayat 32:

"Dan sesiapa yang memuliakan syiar (tanda-tanda) Tuhan, sesungguhnya ia adalah manifestasi dari hati yang bertaqwa kepada Allah"

Nabi SAW merupakan syiar atau tanda kebesaran Allah kerana dengan kemunculan Rasulullah SAW, dunia mengetahui tentang keesaan Allah.

3.Al-Ahzab ayat 56:

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi. Wahai orang beriman, hendaklah kalian berselawat baginya dan mengucapkan salam penghormatan kepadanya."

Islam memberikan ganjaran yang lumayan kepada orang yang banyak mengucapkan selawat ke atas Nabi SAW seperti dalam majlis maulid.

2) Hadis

1. al-Hafiz Syamsuddin ibn al-Jazari dalam kitab 'Urfal Ta'rif bi Maulid al Syarif yang bermaksud:

"Bahawa Sayyidina Abbas ra bermimpi melihat Abu Lahab selepas kematiannya. Maka dia bertanya keadaannya? Abu Lahab menjawab: Aku berada di dalam neraka tetapi diringankan azabku setiap malam Isnin dan aku menghisap air di antara dua jariku sekadar ini (sambilmenunjukkan hujung jarinya). Yang demikian itu adalah kerana aku membebaskan Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) ketika dia mengkhabarkan kepadaku tentangberita gembira mengenai kelahiran Nabi SAW dan kerana aku telah menyuruhnya menyusukan Muhammad SAW"

Imam Bukhari menyebut perkara ini dalam kitab sohihnya pada kitab Nikah jilid 3 H:243 dan Fathul Bari jilid 10 H:175.

2. Diriwayatkan oleh Muslim di dalam Sohihnya daripada Abu Qatadah al-Ansari berkata: Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat tentang kelazimannya berpuasa pada setiap hari Isnin. Maka jawabnya "Padanya aku dilahirkan dan padanya wahyu pertama diturunkan kepadaku".Dr. Abdullah al-Himyari menyatakan, nas ini menunjukkan dengan jelas tentang keharusan menyambut hari lahir Baginda SAW dan hadis ini tidak ada ihtimal (andaian) yg lain.Beliau berkata, melalui hadis di atas saya tidak mendapati sebarang jawapan yg menyokong pendapat golongan pembangkang yang menolak keharusan sambutan Maulid Nabi SAW ini. Malah sekiranya mereka berpegang bahawa sambutan Maulid Nabi SAW hanya dibolehkandengan melakukan ibadah puasa dan tidak boleh dilakukan dengan ibadah yg lain seperti membaca selawat, sirah Nabi SAW, sedekah dan sebagainya maka golongan ini termasuk di dalam golongan Ahli Zahir yang hanya mengikut buta zahir hadis tanpa merujuk kepada kaedah usul dan mereka mengkhususkan hadis ini tanpa ada dalil yang mentakhsiskannya (mengkhususkannya).

Namun demikian apa yang pasti golongan ini telah sependapat dengan kami di atas pensyariatan menyambut Maulid Nabi SAW.

3) Ijma'

Ulama telah sepakat memandang baik amalan menyambut maulid Nabi SAW.Ramai dari kalangan ahli hadis yg memandang baik terhadap majlis maulid Nabi SAW. Imam Mujtahid Abu Syamah al-Maqdisi menyatakan dalam kitab al Bai'th 'ala Inkar al Bida' wa al Hawadith:

Di antara perkara baik yg dilakukan pada zaman ini ialah perkara-perkara yang diadakan bersempena hari Maulid seperti bersedekah, melakukan perkara2 baik dan melahirkan perasaan gembira. Di dalam mengadakan majlis seumpama ini, di samping melakukan kebaikan kepada faqir miskin, ia melahirkan kecintaan terhadap Baginda SAW.

Pandangan baik ulama' terhadap amalan maulid ini merupakan ijma' sukuti ke atas pensyariatannya.

0 Comments:

Post a Comment